“Simthud-Durar fi akhbar Mawlid Khairil Basyar min akhlaqi wa awshaafi wa siyar” atau singkatannya “Simthud-Durar”
adalah karangan mawlid Junjungan yang disusun oleh Habib Ali bin
Muhammad bin Husain al-Habsyi (1259 – 1333H / 1839 – 1913M). Maulid yang
juga terkenal dengan panggilan “Maulid Habsyi” ini
telah diimla’kan oleh Habib Ali tatkala beliau berusia 68 tahun dalam
beberapa majlis bermula pada hari Khamis 26 Shafar al-khair 1327 dan
disempurnakan 10 Rabi`ul Awwal tahun tersebut dan dibacakan secara
rasminya di rumah murid beliau Habib ‘Umar bin Hamid as-Saqqaf pada
malam Sabtu tanggal 12 Rabi`ul Awwal.
Habib Thoha bin Hasan bin Abdur Rahman as-Saqqaf dalam “Fuyudhotul Bahril Maliy” menukil kata-kata Habib ‘Ali berhubung karangannya tersebut seperti berikut:-
- ” Jika seseorang menjadikan kitab maulidku ini sebagai salah satu wiridnya atau menghafalnya, maka sir Junjungan al-Habib s.a.w. akan nampak pada dirinya. Aku mengarangnya dan mengimla`kannya, namun setiap kali kitab itu dibacakan kepadaku, dibukakan bagiku pintu untuk berhubungan dengan Junjungan Nabi SAW…..”
Habib Novel bin Muhammad al-’Aydrus menceritakan bahawa antara keistimewaan “Simthud Durar”
ialah seseorang yang mempelajarinya akan cepat menghafal al-Quran.
Perkara ini beberapa kali berlaku pada murid-murid yang diasuh oleh
Habib Husain Mulakhela, di mana sebelum menghafal al-Quran mereka
disuruh membaca dan menghafal “Simthud Durar” dan
ternyata hasilnya murid-murid tersebut lebih cepat menghafal al-Quran.
Habib Husain Mulakhela sendiri mengalami hal sedemikian. Ketika diawal
menuntut ilmu bahasa ‘Arab, gurunya, Habib Hadi Jawas telah menyuruhnya
untuk terlebih dahulu mempelajari “Simthud Durar”. Setelah dipelajari dengan tekun, barulah diketahuinya bahawa “Simthud-Durar”
menghimpun semua wazan / pola kata / tata kata dalam bahasa ‘Arab,
sehingga dia menjadi mudah untuk menguasai ilmu nahwu dan sharaf.
Setelah
100 tahun karangan maulid ini beredar, kemasyhurannya tetap bersinar
cemerlang dengan dijadikan bahan bacaan dan wiridan ramai pencinta
Junjungan s.a.w. Mudah-mudahan ianya terus hidup subur dan keberkatannya
dilimpahkan kepada segala yang mengaku umat Junjungan SAW.
Allahumma sholli wa sallim
asyrafas shoolati wat taslim
‘ala Sayyidina wa Nabiyiina
Muhammadi-nir Ra-ufir Rahim.
Allahumma sholli wa sallim wa baarik
‘alaihi wa ‘ala aaalih.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar